Utama

Organisasi | Pertolongan Cemas | Sejarah | Email
Sejarah PBSMM
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia-SMKBunutSusu
Jean Henry Dunant

       

 

               Lahir pada 8 Mei 1828 terkenal dgn gelaran bapa palang merah ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta ibunya seorang penyayang dan patuh pada arahan agama .

 

               Aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan agama aktif dalam menyatukan orang kristian dan yahudi menjadi ahli LEAGUE OF ALMS di Geneva ( objektif : membantu penduduk miskin dan sakit melawat penjara untuk memulihkan banduan .)

 

               Di usia 30 tahun minatnya adalah kepada sekumpulan organisasi di Switzerland , France ,& Belgium yang terkenal dgn nama Young Mens Christian Union dan di England di kenali sbg Young Mens Christian Assosiation . 1853 , satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah dimulakan . Dunant menentang dan mencadangkan satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja . hasil desakan Dunant , satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855.

 

               1849 , Dunant berkerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di Geneva , utk pelajari perniagaan bank .- disebabkan ketekunannya itu dia telah di beri tugas sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan di Algeria yang dikenali sebagai Colonies Suieses de Setif .- beliau berhenti berkerja dan bekerja sendiri .- beliau akhirnya berjaya dalam perniagaan  .

 

               Jun 1859 dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di Itali apabila sampai di  Castiglione della Piere ketika pertempuran di Solferino mula meletus. didapatinya banyak mangsa perperangan yang mati dan sakit beliau cuba membantu orang yang sakit dengan sedaya-upaya. pengalaman ini telah menyebabkan beliau meninggalkan hal perniagaan . beliau cuba menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dan peperangan dapat diringgankan .

 

      Kenangan di Solfarino buku yang ditulis olehnya adalah permulaan bagi kejayaan kerjayanya . menyarankan agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih patut ditubuhkan untuk menolong anggota yang tercedera di semua negara ianya telah mendapat sambutan yang luar biasa . konsep , trinity  antarabangsa diantara negara untuk menentukan penjagaan orang sakit telah menarik minat ramai .

 

               1863 & 1864 kejayaannya meningkat dan selepas itu menurun ini adalah kerana orang ramai memberi sokongan kepada beliau setelah itu jawatankuasa Palang Merah ditubuh setelah itu pula persidangan  diadakan dalam tranformasi itu ,beliau menyepikan diri dan tempatnya itu digantikan oleh orang lebih praktikal 1865 & 1866 pernyataannya semakin merosot ini kerana perasaan malu dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri

 

               1867 merupakan tahun yang amat malang bagi Dunant urusan perniagaan yang diabaikannya juga turut merosot beliau terpaksa meggunakan hartanya untuk membayar hutang-piutang  - ekoran daripada itu beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Geneva (pada usia 39 tahun).

 

               20 tahun kemudian, - Dunant menghadapi hidup yang paling malang ini kerana beliau terpaksa hidup dengan ehsan sahabat dan sedikit elaun keluarganya kadangkala beliau muncul di khalayak ramai di Perancis, Jerman, Itali & England untuk diberi penghormatan atas sumbangan tertubuhnya Palang Merah & projek-projek lain walaubagaimanapun beliau terpaksa hidup keseorangan.

 

               Julai 1887 dalam usia 59 tahun beliau kelihatan sangat tua  - akibat kekecewaan yang dialami selama 20 tahun namun penduduk di bandar kecil Heidden, Switzerland mengenalinya di tempat tinggalnya itu ramai orang yang menghormatinya pada suatu waktu beliau menaruh minat dalam pergerakan yang beliau pelopori beliau juga turut dihubungi oleh rakan lama beliau 1892, kerana gangguan kesihatan beliau telah dimasukkan ke hospital dan hidup di sana selama 18 tahun.

 

               1895 seorang wartawan muda dalam pengembaraannya telah mendapat tahu mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara Dunant ekoran wawancara itu seluruh dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun dalam keadaan daif berbagai pihak mahu membantu beliau  - pengiktirafan terhadap khidmatnya sampai melalui surat oleh pihak atasan dan bawahan dari jauh dan dekat Pope Leo () menghantar potret yang yang ditandatangannya yang ditulis dengan tangannya, perkataan First Paz In Virtute Ma Deus.

 

               Dunant tenang semasa hari tuanya, ia menghargai segala pujian yang dicurahkan beliau mengatakan bahawa beliau tidak perlu dibantu, kerana bagi beliau sudah memadai dengan bantuan pihak hospital dan jiran-jirannya di Heidden

 

               1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan Dunant dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama dan dikongsi dengan Frederick Pessy dari Perancis beliau tidak dapat pergi ke Christiana untuk menerima anugerah kerana terlalu lemah hadiah itu dihantar terus kepadanya dari Geneva.

 

                        Ahad, 30 Oktober 1910 beliau meninggal di Heidden, di pergunungan dan di kalangan panduduk pada akhir hayatnya beliau dapat menikmati ketenangan hidup, jalinan persahabatan  dan keselamatan hingga hari tuanya.

[ Unit Perhubungan IT dan Pengurusan Web ]