Organisasi | Pertolongan Cemas | Sejarah | Email
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia-SMKBunutSusu

Selamat Datang
publish at 24th Zulhijjah, 1422

                                        

                                Organisasi P.Cemas Sejarah  Cadangan

Laman ini akan di kemaskinikan dari masa

ke semasa mengikut keperluan dan masa-masa

 tertentu mengikut rancangan aktiviti tahunan

persatuan .Kami mengharapkan kepada para pelayar 

terhibur dengan persembahan kami .

Sebarang cadangan atau komen ,

sila hubungi kami di

pbsmmsmkbs@hotmail.com

 

 

Click to InternationalComitteeofRedCrescent/Cross

Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu
Unit KLT ( Y ) 58

Click to , PBSMMalaysia

Pengenalan
Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu mula ditubuhkan pada tahun 1990 dengan penyertaan ahli terdiri daripada pelajar tingkatan Satu hingga tingkatan Lima.

 

Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin . Melalui PBSM pelajar akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan ke atas seseorang mangsa samaada semasa tenang atau ketika suasana cemas .


             
Rawatan ini perlu bagi mengelakkan kecederaan itu dari terus berlarutan dan sekiranya terlambat di ubati dikhuatiri akan membahayakan bahagian badan yang lain. Kaedah-kaedah rawatan ini terangkum dalam sukatan Pembelajaran Pertolongan Cemas dan Kesihatan Kemasyarakatan .Latihan kawad kaki juga diadakan bagi meningkatkan mutu disiplin dikalangan ahli.

 

            Pendedahan tentang Sejarah Bagaimana Bermulanya Persatuan Bulan Sabit Merah / Palang Merah juga dititikberatkan. Ini kerana melalui pembelajaran sejarah , kita dapat melihat bagaimana seorang pemuda yang berada di Solfarino semasa peperangan antara Austria dan Perancis-Serdinia, telah berusaha bersungguh-sungguh bagi membantu orang awam dan tentera yang tercedera dalam peperangan itu. Melalui usaha pemuda inilah terhasillah Konvensyen Geneva yang pertama di Geneva , Switzerland.

 

Mengimbau dari jendela sejarah , bagaimana kita melihat orang yang pertama sekali menerima Anugerah Nobel KeAMANan adalah pengasas kepada pertubuhan ini. Beliau ialah Sir Jean Henry Dunant. Bersempena dengan penganugerahan itu , Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah telah menghantar perutusan yang berbunyi :

 

"Tidak ada insan yang lain yang patut diberi penghormatan ini ,

kerana 40 tahun lalu andalah orangnya yang menubuhkan

Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa bagi membantu

mereka yang luka di medan peperangan .

Tanpa anda , Palang Merah ,

 pencapaian kemanusiaan yang luhur pada kurun ke-14 ini,

 tidak mungkin wujud."

 

            Kami , di unit penerbitan web , mengharapkan penampilan laman ini bukan sahaja dapat membantu ahli PBSMSMKBS , malahan dapat membantu sesiapa saja yang memerlukan panduan pertolongan cemas. Dengan bertemakan prinsip Menjana Generasi Prihatin , pihak pengurusan web akan memastikan segala usaha yang dilakukan oleh persatuan atau man-mana individu atau oraganisasi akan dapat menigkatkan daya keprihatinan di kalangan mana-mana individu di dunia ini

 

"Menjana Generasi Prihatin"

 

Sekian , terima kasih ..

wallahuaklam

©Copyright2002 . Hak milik Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Unit KLT ( Y ) 58 Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu ,

17020 Pasir Mas , Kelantan.®

 

design web by suarapermata@hotmail.com

host official http://salamislah.tripod.com