Pengenalan
Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu mula ditubuhkan pada tahun 1990 dengan penyertaan ahli terdiri daripada pelajar tingkatan Satu hingga tingkatan Lima.
Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin . Melalui PBSM pelajar akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan ke atas seseorang mangsa samaada semasa tenang atau ketika suasana cemas .
Rawatan ini perlu bagi mengelakkan kecederaan itu dari terus berlarutan dan sekiranya terlambat di ubati dikhuatiri akan membahayakan bahagian badan yang lain. Kaedah-kaedah rawatan ini terangkum dalam sukatan Pembelajaran Pertolongan Cemas dan Kesihatan Kemasyarakatan .Latihan kawad kaki juga diadakan bagi meningkatkan mutu disiplin dikalangan ahli.
Pendedahan tentang Sejarah Bagaimana Bermulanya Persatuan Bulan Sabit Merah / Palang Merah juga dititikberatkan. Ini kerana melalui pembelajaran sejarah , kita dapat melihat bagaimana seorang pemuda yang berada di Solfarino semasa peperangan antara Austria dan Perancis-Serdinia, telah berusaha bersungguh-sungguh bagi membantu orang awam dan tentera yang tercedera dalam peperangan itu. Melalui usaha pemuda inilah terhasillah Konvensyen Geneva yang pertama di Geneva , Switzerland.
Mengimbau dari jendela sejarah , bagaimana kita melihat orang yang pertama sekali menerima Anugerah Nobel KeAMANan adalah pengasas kepada pertubuhan ini. Beliau ialah Sir Jean Henry Dunant. Bersempena dengan penganugerahan itu , Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah telah menghantar perutusan yang berbunyi :
"Tidak ada insan yang lain yang patut diberi penghormatan ini ,
kerana 40 tahun lalu andalah orangnya yang menubuhkan
Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa bagi membantu
mereka yang luka di medan peperangan .
Tanpa anda , Palang Merah ,
pencapaian kemanusiaan yang luhur pada kurun ke-14 ini,
tidak mungkin wujud."
Kami , di unit penerbitan web , mengharapkan penampilan laman ini bukan sahaja dapat membantu ahli PBSMSMKBS , malahan dapat membantu sesiapa saja yang memerlukan panduan pertolongan cemas. Dengan bertemakan prinsip Menjana Generasi Prihatin , pihak pengurusan web akan memastikan segala usaha yang dilakukan oleh persatuan atau man-mana individu atau oraganisasi akan dapat menigkatkan daya keprihatinan di kalangan mana-mana individu di dunia ini
"Menjana Generasi Prihatin"
Sekian , terima kasih ..
wallahuaklam